Ucapan Dasar YDP MPKJ

UCAPAN DASAR YDP MPKJ SESI 2011/2012.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T

Yang dihormati lagi dikasihi, Pegawai Atase Pendidikan EMJ, Ustaz Saifuddin bin Husin dan yang dikasihi mantan Yang Dipertua MPKJ 2010/2011 saudara Mohd Muzammil Sharif ,mantan AMM MPKJ 2010/2011, barisan pimpinan baru Ahli Majlis Tertinggi MPKJ 2011/2012 yang baru dilantik, seterusnya saudara saudari ahli Majlis Pelajar Kedah Jordan yang dirahmati Allah sekalian.

Allah SWT berfirman :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya
akan Aku jadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata, ” apakah
Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,
sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?”. Dia

berfirman, ” sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Marilah bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana diberikan kepada kita segala nikmat yang tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di atas perjuangan baginda sehingga kita dapat mengecapi dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Pada hari ini kita diberikan kesempatan oleh Allah untuk berkumpul bagi melaksanakan acara tahunan iaitu Mesyuarat Agung MPKJ sesi 2010/2011

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MPKJ di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab selaku Yang Dipertua MPKJ bagi sesi 2011/2012. Saya dengan rela hati dan rendah diri menerima pelantikan ini, Inshallah.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai mana yang kita semua ketahui, amanah itu merupakan suatu bebanan yang amat berat, dan ia bukanlah satu penghormatan kepada orang yang memikulnya. Diandaikan amanah itu diletak di atas sebuah gunung yang besar lagi tinggi nescaya akan hancur berkecai gunung tersebut oleh amanah yang dipikulnya. Oleh itu,saya berharap agar barisan pimpinan sesi 2011/2012 sentiasa berusaha untuk melaksanakan amanah ini bersama-sama.

Kesempatan yang diberikan kepada kami untuk menguruskan Majlis Pelajar Kedah Jordan pada sesi ini tidak akan kami sia-siakan. Kemahiran dalam berorganisasi sudah tentu tidak dibekalkan dalam silibus pengajian di universiti, ianya sudah tentu akan menjadikan nilai tambah kepada semua individu yang terlibat. Kemahiran dalam menguruskan masa pembelajaran dan aktiviti berpersatuan amatlah dititik beratkan agar ianya tidak menjadi bahan tohmahan kelak. Saya mengharapkan barisan pimpinan yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab serta amanah dalam apa jua tugasan agar kebajikan ahli terus terpelihara.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Insyaallah pada sesi ini, MPKJ akan mengorak langkah untuk menjadi persatuan yang lebih proaktif lagi. Kita akan pastikan kita mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan BKAN yang lain. Untuk itu, MPKJ sesi 11/12 akan merancang dan melaksanakan program-program kebajikan dan ilmiah bagi memperkenalkan lagi MPKJ dikalangan penuntut-penuntut Malaysia di Jordan ini. Kita juga akan memperkasakan kerjasama dengan MPPMJ  dan BKAN yang lain dalam program-program yang akan kita laksanakan.

Hubungan antara ahli dengan barisan saff kepimpinan akan terus dipertingkatkan melalui aktiviti yang bakal dilaksanakan. Begitu juga perihal ehwal ahli di setiap mantiqah akan terus kami pelihara dan jalinkan agar perjalanan pengurusan pentadbiran terus berjalan lancar. Hubungan yang baik antara saff kepimpinan dengan ahli pasti akan membuahkan hasil yang sangat baik disamping menjaga ukhuwwah sesama Muslim.

Kami juga di barisan kepimpinan tertinggi akan terus menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi serta badan-badan rasmi kerajaan Negeri Kedah seperti Yayasan Islam Kedah dan Jabatan Zakat Kedah dalam usaha mendapatkan bantuan kewangan yang berterusan bagi mempertingkatkan kebajikan ahli-ahli MPKJ serta pergerakan aktiviti persatuan

Hadirin sekalian,

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua ahli yang sudi hadir dan memberikan kepercayaan kepada kami di barisan pimpinan tertinggi. Diharapkan kepada semua agar terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami kerana tanpa sokongan dan dokongan daripada kalian,bagaimana mungkin MPKJ akan terus tegak berdiri. Kita semua adalah keluarga.Insyaallah..Sekian,

Wabillahitaufiq wal hidayah,

Assalamualaikum w.b.t

Atiqullah Mursyid Bin Abdul Halim

Yang Di-Pertua MPKJ 2011/2012

Advertisements

Comments on: "Ucapan Dasar YDP MPKJ" (1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: