Perlembagaan

BAB PERTAMA: PERSATUAN

Fasal 01: Nama

Fasal 02: Bahasa Rasmi

Fasal 03: Penaung dan Penasihat

Fasal 04: Alamat Tetap

Fasal 05: Cogankata

BAB KEDUA: DASAR DAN TUNTUTAN

Fasal 06: Dasar

Fasal 07: Tujuan dan Matlamat

BAB KETIGA: KEAHLIAN

Fasal 08: Jenis Keahlian

Fasal 09: Syarat Pendaftaran Keahlian

Fasal 10: Kewajipan

Fasal 11: Hak dan Keistimewaan

Fasal 12: Hilang Keahlian

BAB KEEMPAT: PENTADBIRAN

Fasal 13: Lembaga Pentadbir

Fasal 14: Penjawatan

Fasal 15: Tugas-tugas

 BAB KELIMA: PILIHANRAYA DAN MESYUARAT

 Fasal 16: Pilihanraya

Fasal 17: Mesyuarat Agung

Fasal 18: Mesyuarat Lembaga Tadbir

Fasal 19: Mesyuarat Majlis Tertinggi

 BAB KEENAM: KEWANGAN

Fasal 20: Sumber Kewangan

Fasal 21: Juruaudit

BAB KETUJUH: PERATURAN AM

Fasal 22: Peraturan Am

BAB KELAPAN: PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DASAR

Fasal 23: Pentafsiran Undang-undang Dasar

BAB KESEMBILAN: PINDAAN DAN PEMBUBARAN

Fasal 24: Pindaan Undang-undang Dasar

Fasal 25: Pembubaran MPKJ

BAB PERTAMA

PERSATUAN

Fasal 01: Nama:

Majlis Pelajar KedahJordanatau ringkasnya MPKJ

Fasal 02: Bahasa Rasmi:

Bahasa Melayu

Fasal 03: Penaung Dan Penasihat  

a) Penaung

D.Y.M.M Sultan Kedah Darul Aman

b) Penasihat Kehormat

 1. Menteri Besar Kedah Darul Aman

2. Kedutaan BesarMalaysiaKe Amman

c) Lembaga Penasihat

    1.Empat orang yang dilantik dalam mesyuarat Lembaga Tadbir kali pertama setiap sesi

Fasal 04: Alamat Tetap MPKJ :

Alamat tetap adalah di pejabat MPKJ

Fasal 05:Cogankata MPKJ:

“Perpaduan Asas Kecemerlangan”

BAB KEDUA

DASAR DAN TUJUAN

Fasal 06: Dasar  MPKJ:

Al Quran dan Al Hadis

Fasal 07: Tujuan dan Matlamat :

a) Tujuan:

                                          Bersatu menuju kecemerlangan di dalam bidang akademik  dan kerjaya berlandaskan al Quran dan al Hadis

 b) Matlamat:

 1. Berusaha menyatukan mahasiswa Islam Kedah ke arah perpaduan dalam perkara-perkara kebajikan 

2. Berusaha mengatasi kesulitan –kesulitan yang dihadapi oleh ahli

3. Berusaha membentuk dan meningkatkan kesedaran ahli dalam berbagai-bagai bidang terutama dalam bidang pelajaran; dan

                                            4. Mewujudkan dan merapatkan hubungan dengan pihak-pihak yang berkenaan

BAB KETIGA

KEAHLIAN

Fasal 08: Keahlian :

a)Ahli Rasmi

1. Setiap pelajar Islam Jordan yang lahir atau menetap di Kedah dan

tidak menjadi ahli tetap Badan Kebajikan Anak Negeri lain

2. Menetap di Kedah sekurang – kurangnya dua tahun.

b) Ahli Bersekutu

1. Pelajar-pelajar bukan dari Negeri Kedah yang berkahwin dengan ahli tetap MPKJ

2. Setiap ahli rasmi Badan Kebajikan Anak Negeri lain yang lahir atau menetap di Negeri Kedah

3. Ibu atau ayah berasal dari Negeri Kedah

4. Pernah menetap di Kedah sekurang – kurangnya lima tahun.

c) Ahli Kehormat

1. Setiap ahli MPKJ yang telah tamat pengajian dan ingin meneruskanKeahliannya

2. Suami atau isteri yang bukan pelajar kepada ahli tetap MPKJ

3. Dilantik dengan persetujuan Lembaga Pentadbir dan tidak melebihi lima  orang

Fasal 09: Syarat Pendaftaran Keahlian:

a) Mengisi borang yang disediakan oleh MPKJ

b) Membayar wang pendaftaran keahlian yang ditentukan oleh Lembaga pentadbir

c) Keahlian disahkan oleh Lembaga Pentadbir MPKJ; dan

d) Setiap ahli yang diterima menganggotai MPKJ hendaklah dimaklumkan

secara pengesahan bertulis daripada pihak Lembaga Pentadbir MPKJ (Setiausaha Agung)

Fasal 10 :Kewajipan :

a) Ahli Tetap

1. Membayar yuran tahunan sebanyak yang ditentukan oleh lembaga pentadbir

2. Mematuhi dasar, peraturan dan tatatertib MPKJ

                                        3.Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri dengan mana-mana

    pertubuhan politik diJordansecara rasmi; dan

4.Tidak dibenarkan melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan

yang bertentangan dengan dasar MPKJ

b) Ahli Bersekutu

1.     Membayar yuran tahunan sebanyak yang ditentukan oleh lembaga pentadbir

2.     Mematuhi dasar, peraturan dan tatatertib MPKJ

3.     Tidak dibenarkan menganggotai dan melibatkan diri dengan mana-mana

pertubuhan politik diJordansecara rasmi; dan

4.     Tidak dibenarkan melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan

yang bertentangan dengan dasar MPKJ

Fasal 11: Hak dan Keistimewaan :

a) Ahli Tetap

1.Berhak mengundi dan diundi

2. Berhak menggunakan kemudahan-kmudahan yang disediakan oleh MPKJ dengan mematuhi peraturannya

3. Berhak mengikuti semua aktiviti MPKJ

b) Ahli Bersekutu

1.Berhak mengundi sahaja

2.Berhak menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh MPKJ dengan mematuhi peraturannya

3.Berhak mengikuti semua aktiviti MPKJ

c) Ahli Kehormat

1.Berhak menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh MPKJ dengan mematuhi peraturannya

2.Berhak mengikuti semua aktiviti MPKJ

Fasal 12 :Hilang Keahlian :

a) Setiap ahli dikira hilang keahliannya apabila tamat pengajian dan tidak 

menyambung keahliannya; atau

b) Mana-mana ahli yang melanggar peraturan yang bertentangan dengan dasar MPKJ

BAB KEEMPAT

PENTADBIRAN

Fasal 13:LembagaPentadbir :

Lembaga Pentadbir terdiri daripada Majlis Tertinggi dan Ketua-ketua Biro

yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuai yang dipilih melalui pilihanraya umum.

 Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti berikut:

a)    Majlis Tertinggi

Yang Dipertua (lelaki)

Timbalan Yang Dipertua (lelaki)

Naib Yang Dipertua (wanita)

Setiausaha Agung (lelaki)

Timbalan Setiausaha Agung (lelaki)

Naib Setiausaha Agung (wanita)

Bendahari Agung (lelaki)

Timbalan Bendahari Agung (lelaki)

Naib Bendahari Agung (wanita)

b)       Ketua-ketua Biro

Ketua Biro Akademik (lelaki)

Naib Ketua Biro Akademik (wanita)

Ketua Biro Kebajikan dan Penempatan (lelaki)

Naib Ketua Biro Kebajikan dan Penempatan(wanita)

Ketua Biro Penerangan dan Perhubungan (lelaki)

Naib Ketua Biro Penerangan dan Perhubungan (wanita)

Ketua Biro Ekonomi  (lelaki)

Naib Ketua Biro Ekonomi (wanita)

Fasal 14: Penjawatan:

a) Yang Dipertua

 Seorang ahli lelaki yang dipilih melalui pilihanraya umum

 b) Jawatan-jawatan lain ditentukan di dalam mesyuarat pertama Lembaga Pentadbir pada setiap sesi

Fasal 15: Tugas-tugas:

Tugas-tugas Lembaga Pentadbir

a)  Tugas-tugas Umum:

1. Bertanggungjawab ke atas harta benda, keselamatan dan perjalanan MPKJ

2. Berusaha mencari jalan bagi menjayakan serta melicinkan perjalanan MPKJ

3. Membentuk AJK Khas apabila diperlukan

4. Memberikan kerjasama kepada juruaudit dalam menjalankan tugasnya

5. Bertanggungjawab dalam menentukan peruntukan-peruntukan pentadbiran dan biro-biro yang berkaitan dengannya

6. Berusaha melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung

7. Melantik wakil-wakil ke mana-mana anggota untuk menggantikan mana-mana jawatan sekiranya berlaku kekosongan

b)  Tugas-tugas Khas Majlis Tertinggi

Yang Dipertua:

1. Memimpin MPKJ dan bertanggungjawab ke atas kemajuannya

2.Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pentadbir dan Majlis Tertinggi serta bertanggungjawab ke atas keputusannya

3. Menyelesaikan sebarang masalah  yang berkaitan dengan MPKJ

4. Menandatangani bersama-sama Bendahari Agung berhubung dengan pengeluaran wang

5.Bertanggungjawab menyedia dan menghantar laporan khas kepada Penaung dan Penasihat Kehormat

Timbalan Yang Dipertua:

1. Memangku jawatan Yang Dipertua ketika ketiadaannya

2. Bekerjasama dengan Yang Dipertua dalam tugas-tugasnya

3.Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh LembagaPentadbir atau Majlis Tertinggi

Naib Yang Dipertua:

1.Memangku jawatan Timbalan Yang Dipertua ketika ketiadaannya

2.Mempengerusikan mesyuarat bahagian wanita apabila diperlukan dengan persetujuan Yang Dipertua

3.Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh LembagaPentadbir atau Majlis Tertinggi

Setiausaha Agung:

1. Menyediakan surat-surat pekeliling Mesyuarat Agung, mesyuarat Majlis Tertinggi dan

mesyuarat Lembaga Pentadbir dengan arahan atau pengetahuan Yang Dipertua

2. Menyediakan agenda Mesyuarat Agung, mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat Lembaga Pentadbir

3. Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit Mesyuarat Agung,

mesyuarat Majlis Tertinggi dan mesyuarat Lembaga Pentadbir

4. Mengendalikan urusan surat-menyurat dengan arahan atau pengetahuan Yang Dipertua

5. Menyimpan dan merekodkansuratkeluar masuk MPKJ

6. Menyimpan fail-fail MPKJ

7. Menyediakan senarai nama dan maklumat ahli MPKJ

8. Menyediakan laporan tahunan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung

9. Menjalankan tugas yang berkaitan dengan MPKJ dengan arahan atau pengetahuan Yang Dipertua

10. Berhak menubuhkan Jawatankuasa Setiausaha untuk melicinkan pentadbiran

Timbalan Setiausaha Agung:

 i.      Memangku jawatan Setiausaha Agung ketika ketiadaannya 

ii.      Bekerjasama dan membantu Setiausaha Agung dalam tugas-tugasnya

iii.      Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Pentadbir atau Majlis Tertinggi

Naib Setiausaha Agung:

1. Memangku jawatan Naib Yang Dipertua ketika ketiadaannya

2. Berkerjasama dan membantu Setiausaha Agung dalam tugas-tugasnya

3. Mencatit dan menyediakan minit mesyuarat bahagian wanita

4. Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Pentadbir atau Majlis Tertinggi

Bendahari Agung:

i.      Mengumpul wang yuran daripada ahli

ii.      Menyimpan buku-buku catatan kewangan dan harta benda MPKJ

iii.      Mengeluarkan wang untuk perbelanjaan MPKJ dengan ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua

iv.      Berhak menubuhkan Jawatankuasa Bendahari untuk melicinkan pentadbiran

v.      Menyediakan penyata kewangan tahunan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung

Timbalan Bendahari Agung :

i.      Memangku jawatan Bendahari Agung sewaktu ketiadaannya

ii.      Membantu Bendahari Agung dalam tugas-tugasnya

iii.      Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Pentadbir atau Majlis Tertinggi

Naib Bendahari Agung :

i.      Memangku jawatan Timbalan Bendahari Agung ketika ketiadaannya

i.      Mengumpul yuran ahli-ahli wanita dan menyerahkannya kepada Bendahari Agung

iii.      Membantu Bendahari Agung dalam tugas-tugasnya

iv.      Menjalankan tugas-tugas yang diserahkan oleh Lembaga Pentanbir atau Majlis Tertinggi

c)       Tugas-tugas Umum Biro:

1.Setiap biro diketuai oleh seorang Ketua Biro

2. Jawatan Ketua-ketua Biro dilantik dan ditentukan dalam Mesyuarat Lembaga Pentadbir

3. Ketua-ketua Biro bertanggungjawab melantik sekurang-kurangnya empat orang AJK Biro

yang terlebih dahulu disahkan oleh Lembaga Pentadbir

4.Ketua-ketua Biro dengan sendirinya memimpin dan mempengerusikan mesyuarat biro

5.Ketua-ketua Biro bertanggungjawab membuat laporan biro untuk dikemukakan

kepada mesyuarat Lembaga Pentadbir dan Mesyuarat Agung

6. Naib Ketua Biro akan memangku jawatan Ketua Biro ketika ketiadaannya

7. Semua AJK Biro bertanggungjawab merancang dan melaksanakan segala racangan, aktiviti dan

perlaksanaan biro masing-masing dengan persetujuan Lembaga Pentadbir

d)Tugas-tugas Khas Biro:

Biro Akademik:

i.            Menjalankan urusan-urusan rasmi yang berkaitan dengan pelajaran dan pengajian yang diperlukan.

ii.            Mengurus aktiviti bimbingan pelajaran dan berusaha kea rah kemajuan akademik kepada ahli-ahli MPKJ.

iii.            Membentang anggaran belanjawan dan aktiviti biro untuk diluluskan.

iv.            Bertanggungjawab ke atas perjalanan perpustakaan.

v.            Menguruskan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan akademik apabila diperlukan.

vi.    Bekerjasama dengan biro-biro lain.

Biro Kebajikan dan Penempatan :

i.            Berusaha untuk kebajikan dan penempatan ahli

ii.            Memberi bantuan kepada ahli apabila diperlukan

iii.            Menubuhkan Tabung Kebajikan MPKJ

iv.            Berusaha mengadakan majlis sempena hari kebesaran Islam, pelajar baru, tetamu dan sebagainya.

v.            Mentadbir dan mengendalikan perjalanan Rumah Kedah mengikut peraturan-peraturan

yang ditentukan oleh Lembaga Pentadbir.

vi.            Berhak menubuh dan melantik unit-unit mengikut budi bicaranya untuk melicinkan perjalanan pentadbiran

vii.            Membentang anggaran belanjawan dan aktiviti biro untuk diluluskan

viii.            Bekerjasama dengan biro-biro lain

Biro Penerangan dan Perhubungan :

i.            Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran

ii.            Mengendalikan aktiviti-aktiviti yang berbentuk penerangan yang tidak bertentangan dengan dasar MPKJ

iii.            Bertanggungjawab ke atas semua bahan-bahan cetak dan peralatan audio visual

iv.            Mengadakan hubungan dengan badan pertubuhan pelajar dalam dan luar negeri

v.            Menyambut dan menguruskan tetamu rasmi

vi.            Mengendalikan urusan kebenaran tinggal ahli

vii.            Menubuhkan bilik gerakan khas apabila diperlukan

viii.            Membentang anggaran belanjawan dan aktiviti biro untuk diluluskan

ix.            Bekerjasama dengan biro-biro lain

Biro Ekonomi :

i.            Bertanggungjawab menambah pendapatan dan hasil kewangan MPKJ

ii.            Membentang anggaran belanjawan dan aktiviti biro untuk diluluskan

iii.            Bekerjasama dengan biro-biro lain

BAB KELIMA

PILIHANRAYA DAN MESYUARAT

Fasal 16: Pilihanraya :

a) Tarikh Pilihanraya:

Pilihanraya MPKJ hendaklah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung

b) Suruhanjaya Pilihanraya:

1. Suruhanjaya Pilihanraya ini ialah badab bebas yang dilantik oeh Lembaga Pentadbir dari kalangan ahli biasa

2.Suruhanjaya Pilihanraya hanya berhak mengundi dan tidak berhak diundi dalam pilihanraya tersebut

3. Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah menguruskan perjalanan pilihanraya supaya berjalan dengan licin dan teratur

4.Suruhanjaya Pilihanraya berhak membuat peraturan pilihanraya yang adil dan saksama

5.Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen di dalam pilihanraya tersebut

c) Keputusan  Pilihanraya:

Keputusan  Pilihanraya hendaklah diisytiharkan dalam Mesyuarat Agung

oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya atau wakilnya.

d) Bantahan:

1. Sekiranya terdapat sebarang bantahan rami terhadap kesahihan keputusan pilihanraya,

sebuah suruhanjaya khas akan dibentuk oleh Lembaga Penasihat.

2.Keputusan terhadap bantahan hendaklah dibuat dalam masa dua minggu daripada

tarikh pilihanraya dan ia adalah muktamad

Fasal 17: Mesyuarat Agung :

Mesyuarat Agung MPKJ ialah:

a) Mesyuarat Agung Tahunan:

1 .Mesyuarat Agung tahunan diadakan pada tarikh yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi pada hujung sesi pentadbiran.

2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihadiri oleh 1/3 daripada jumlah ahli

3. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada ahli-ahli mengikut Bab Ketiga Fasal 8

4. Panggilan  mesyuarat hendaklah dibuat oleh Setiausaha Agung melalui surat pekeliling dengan

disertakan bersama agenda mesyuarat, penyata tahunan dan penyata kewangan

5. Pangilan mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat diadakan

6.Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditentukan oleh Lembaga Pentadbir

7. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak dihadiri oleh ahli-ahli mengikut Bab Kelima Fasal 17 Ceraian (a) (2),

mesyuarat boleh ditukarkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Khas jika dihadirioleh setengah daripada ahli.

8. Sekiranya masih tidak mencukupi setengah daripada ahli,mesyuarat akan diadakan semula pada satu tarikh

yang ditetapkan oleh Lembaga Pntadbir

9. Keputusan Mesyuarat Agung adalah muktamad dan dikuatkuasakan selepas keputusan tersebut dibuat.

10. Pengerusi Sidang dilantik daripada ahli biasa oleh Lembaga Pentadbir sebelum Mesyuarat Agung

b) Mesyuarat Agung Khas:

1. Mesyuarat Agung Khas dibuat dengan sebab panggilanLembaga Pentadbiran atau setengah daripada jumlah ahli memohon secara bertulis kepada Lembaga Pentadbir dengan dinyatakan tujuan Mesyuarat Agung Khas hendak diadakan

2.Mesyuarat Agung Khas dibuat hanya untuk membincangkan agenda yang telah dinyatakan semasa panggilan mesyuarat dibuat.

3. Mesyuarat Agung Khas hendaklah dihadiri oleh dua pertiga daripada jumlah ahli

4.Pengerusi Mesyuarat Agung Khas adalah mengikut Bab Kelima Fasal 17 Ceraian (a) (9)

5.Panggilan Mesyuarat Agung Khas dibuat oleh Setiausaha Agung

6. Keputusan  Mesyuarat Agung Khas ini disahkan dan dikuatkuasakan selepas  Mesyuarat Agung Khas diadakan.

Fasal 18:MesyuaratLembagaPentadbir  

a) Mesyuarat Lembaga Pentadbir hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali dalam tahun pentadbiran

b) Mesyuarat Lembaga Pentadbir dianggap sah apabila dihadiri oleh dua pertiga daripada ahli Lembaga Pentadbir

c) Panggilan Mesyuarat Lembaga Pentadbir hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari

sebelum mesyuarat Mesyuarat Lembaga Pentadbir diadakan kecuali mesyuarat tergempar

d) Mesyuarat tergempar mesti dihadiri oleh setengah daripada ahli Lembaga Pentadbir

e) Keahlian Lembaga Pentadbir tergugur dengan sendirinya bila tidak menghadiri 3kali tanpa kenytaan rasmi sebab keuzuran

f) Keputusan Mesyuarat Lembaga Pentadbir adalah muktamad

Fasal 19:Mesyuarat Majlis Tertinggi

a) Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah diadakan sekurang-kurangnya satu kali dalam tahun

pentadbiran dan boleh diadakan apabila diperlukan

b) Mesyuarat Majlis Tertinggi dianggap sah apabila dihadiri oleh dua pertiga daripada ahli Majlis Tertinggi

c) Panggilan Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh hari

sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan kecuali mesyuarat tergempar

d) Mesyuarat tergempar mesti dihadiri oleh setengah daripada ahli Majlis Tertinggi

e) Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi adalah muktamad

BAB KEENAM

KEWANGAN

Fasal 20:Sumber Kewangan

1.Yuran ahli

2. Derma daripada ahli

3.Derma daripada orang perseorangan dan badan-badan

4.Sumber-sumber lain yang tidak bertentangan dengan dasar MPKJ

Fasal 21: Juruaudit

a) Dua orang atau lebih yang bukan ahli Lembaga Pentadbir hendaklah dilantik

dalam Mesyuarat Agung sebagai  juruaudit MPKJ

b) Tugas-tugas juruaudit:

1. Meneliti segala buku akaun kewangan apabila difikirkan perlu

2. Mengesahkan penyata kira-kira kewangan MPKJ untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung

3. Memeriksa kira-kira MPKJ pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua dan membuat laporan

kepada Lembaga Pentadbir

4. Berhak memeriksa harta benda MPKJ

BAB KETUJUH

PERATURAN AM

Fasal 22:Peraturan Am:

Sebarang kegiatan umum biro-biro hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada      

      persatuan induk pelajar Malaysia  di Jordan.

BAB KELAPAN

PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DASAR

Fasal 23:Pentafsiran Undang-undang Dasar:

Sebarang kekaburan yang memerlukan pentafsiran atau membawa kepada salah pengertian

                                 dalam Undang-undang Dasar maka keputusan Lembaga Pentadbir adalah muktamad

BAB KESEMBILAN

PINDAAN DAN PEMBUBARAN

Fasal 24: Pindaan Undang-undang Dasar :

a) Sebarang cadangan pindaan Undang-undang Dasar MPKJ hendaklah diadakan dalam

Meyuarat Agung dan disahkan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli yang hadir

b) Sebarang cadangan pindaan Undang-undang Dasar boleh dibuat oleh mana-mana ahli

 dengan memberikannya kepada Setiausaha Agung secara bertulis sekurang-kurangnya 

tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan

Fasal 25:Pembubaran MPKJ: 

a) Berlaku secara automatik apabila tiada lagi pelajar Islam Kedah yang belajar di Jordan

b) Boleh dilakukan dengan persetujuan tiga perempat daripada ahli MPKJ

c) Selepas keputusan pembubaran dipersetujui Lembaga Pentadbir melantik seorang

jurukira dan AJK Khas pemegang amanah harta benda MPKJ

d) Segala hutang piutang MPKJ adalah tanggungjawab semua ahli MPKJ

e) Segala harta benda MPKJ selepas pembubaran hendaklah dipindahkan kepada AJK 

Khas pemegang amanah yang dilantik

f) AJK Khas pemegang amanah hendaklah menyerahkan harta benda yang diamanahkan kepada persatuan baru jika dibentuk

                                g) Pembubaran hendaklah dimaklumkan kepada Penaung dan Penasihat Kehormat


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: