Archive for the ‘Pautan Luar’ Category

Tahniah!

 

 

abang athiq sekeluarga

 

cahaya mata kepada abg athiq

 

Tahniah kepada saudara Muhammad Al – Athiq Marzuki sekeluarga pelajar perubatan JUST, kerana mendapat cahaya mata permata. Kami dipihak kepimpinan MPKJ sesi 2010/2011 mendoakannya semoga menjadi insan terbaik disisi Allah swt.

Advertisements

Mini Clinic 2010/2011 Anjuran Pelajar Perubatan

 

KENYATAAN AKHBAR SITUASI SEMASA DI MESIR

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:

Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau perkembangan terkini situasi di Mesir berikutan rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di negara tersebut. Sehingga kini, tiada penuntut dan rakyat Malaysia yang terlibat dan mereka dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Negeri juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di Kaherah dan sedang menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Mesir.

Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan di Kaherah juga sentiasa memantau perkembangan terkini di sana dan telah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat-tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan.

Tag Cloud