Pengenalan MPKJ

Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ)  telah ditubuhkan secara rasmi melalui mesyuarat agung dan pilihanraya yang pertama pada 16 Febuari 1995. Penubuhan ini telah didahului dengan penubuhan sebuah badan penaja pada 3 Febuari 1994.

Beberapa tindakan telah dibuat oleh badan penaja selepas penubuhannya. Antara tugas penting yang dijalankan ialah menyediakan kertas kerja dasar dan draf perlembagaan sebagai usaha mendapatkan  pengiktirafan daripada kerajaan negeri Kedah. Pada 6 hingga 9 Julai 1994, kerajaan negeri Kedah telah bersetuju untuk melawat dan melihat sendiri kedudukan pelajar negeri Kedah yang berada di Jordan. Lawatan yang diketuai sendiri oleh Y.A.B  Tan Sri Dato’ Hj Osman bin Hj Aroff telah meninggalkan kesan yang sangat positif kerana kerajaan negeri Kedah  telah bersetuju mengiktiraf Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ) pada 9 november 1994  hasil daripada kertas kerja dasar dan draf perlembagaan yang telah dihajntar melalui Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) serta meluluskan pinjaman pelajaran YINK kepada pelajar-pelajar negeri Kedah di Jordan.

Objektif:

Ø  Menyatukan mahasiswa Islam Kedah kearah ukhwah Islami dan menitik beratkan perkara-perkara kebajikan ahli.

Ø  Berusaha membentuk dan meningkatkan kesedaran ahli dalam berbagai-bagai bidang terutamanya akademik dan kerohanian serta berusaha mengatasi kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh ahli.

Ø  Mewujudkan dan merapatkan hubungan dengan semua pihak yang tidak  bertentangan dasar-dasar  MPKJ

Ø  Memastikan kecemerlangan setiap ahli dicapai

Motto:

Ø  “BERSAMA MENERAJU KECEMERLANGAN HAKIKI”

Dasar:

Ø  Al-Quran dan As-Sunnah

Bersama meneraju kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kerjaya berlandaskan Al-Quran dan Hadis

Cogankata:

Ø  “PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN”

Kecemerlangan adalah sesuatu yang diimpikan setiap insan termasuk mahasiswa,jadi MPKJ memilih cogankata ini keranadengan perpaduan mahasiswa akan bersatu hati untuk menuju kecemerlangan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: