Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke-hadrat Allah s.w.t atas kesempatan, nikmat dan kemudahan yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Tahunan MPKJ dan Hari Keluarga MPKJ buat kesekian kalinya. AGM kali ni dinamakan sebagai GRAVITI sempena daripada gabungan 2 program besar iaitu Annual Grand Meeting & Famili Day Activity. Program ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 bertempat di Summer Bay Resort, Aqabah. Dikelolakan oleh barisan pelaksana program dari mantiqah Mu’tah. Pengarah Mohd Iqbal bin Zawawi manakala timbalan Nur Fahiyah binti Ismail. Bermula seawal jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1 petang pada hari yang sama. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh Saudara Anas. Kehadiran yang dicatatkan pada hari tersebut amat memuaskan dengan jumlah ahli yang hadir seramai 123 orang melayakkan untuk mesyuarat agung diadakan secara biasa.

Image

Image

Image

Setelah jayanya mesyuarat, program diteruskan lagi dengan aktiviti kedua iaitu “Famili Day Activity” bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 7 malam. Aktiviti kedua ini diadakan di tepi laut berdekatan. Antara aktiviti yang diadakan adalah cabutan bertuah, BBQ dan aktivi bebas. Aktiviti Family Day ini dikelolakan oleh Saudara Aiman Jusni bersama timbalannya Saudari Auni Ayuni. Setelah selesai aktiviti di laut, peserta-perserta di bawa ke Balad untuk membeli – belah di sebelah malam seterusnya pulang ke mantiqah masing-masing.

 

Image

Image

Image

Image

Secara keseluruhannya, program dapat dijalankan dengan jayanya walaupun terdapat kekurangan-kekurangan hasil daripada persediaan kurang daripada seminggu ini. Saya mewakili ahli MPKJ mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YDP,YDPH, barisan pelaksana program dan seluruh ahli MPKJ atas jasa baik, pengorbanan dan komitmen yang telah kalian berikan. Semoga usaha yang tercurah berjaya mengeratkan tali kasih-sayang sesama ahli Kedah seterusnya dipandang ibadah di sisi Allah.

 

Akhir sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan yang lepas sesi 2011/2011 iaitu mantan YDP MPKJ Saudara Atiqullah bin Mursyid beserta Timbalan Saudari Nur Amalina binti Abdul Rahim dan seluruh barisan AMT dan AME atas usaha dan kejayaan kalian selama 1 sesi ini juga sekalung tahniah dan doa kepada barisan pimpinan baru sesi 2012/2013 YDP Saudara Ahmad Izzudin bin Zubit beserta Timb 2 Saudari Siti Fatimah binti Abdul Khalil. Semoga MPKJ kali ini dapat meneruskan kebajikan ahli MPKJ yang sedia ada seterusnya menambahkan lagi keberhasilannya buat semua.

Image

Sekian terima kasih!

Ukhuwah Digarap, MPKJ Termantap!

Perpaduan Asas Kecemerlangan.

 

Yang menjalankan tugas,

Siti Aisyah binti Romli,

Setiausaha 1 Program GRAVITY 2011/2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: