PERATURAN DAN TATACARA MENGUNDI

 

Assalamualaikum w.b.t

PERATURAN DAN TATACARA MENGUNDI,

CARA MENGUNDI:

1.Pengundian bermula HARI KHAMIS 3 MEI 2012 11 jamadilakhir 1433 hijrah jam 3.00 PETANG HINGGA JAM 8.00 MALAM.

2.Setiap pengundi hanya dibenarkan SEKALI SAHAJA UNTUK MENGUNDI.

3.Undian mestilah dilakukan dengan menggunakan PEN YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH SPR MPKJ 2012/2013.

4.Pengundi hendaklah MEMILIH 4 CALON SISWA termasuk seoarang dipilih sebagai PRESIDEN serta 3 CALON SISWI termasuk seoarang dipilih sebagai TIMBALAN PRESIDEN.

5.Lipat borang undian tersebut sebagaimana yang diarahkan oleh ahli jawatankuasa SPR MPKJ 2012/2013.

6.Borang undian mestilah dimasukkan dalam peti atau kotak undi yang disediakan.

7.Pengundi hendaklah segera meninggalkan bilik mengundi selepas selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

8.Pengundi dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan mematuhi setiap arahan daripada SPR MPKJ 2012/2013.

9.Undi adalah rahsia.

UNDI ROSAK :

1.Undian yang dibuat oleh bukan Ahli MPKJ 2012/2013
2.Borang undi tidak asli.
3.Pengundi tidak mengikut arahan di dalam kertas undi.
i.Pengundi tidak menggunakan tanda X ketika mengundi.
ii.Pengundi memangkah kurang atau melebih jumlah calon yang ditetapkan.
4.Undian yang dibuat di luar waktu mengundi atau luar bilik mengundi.
5.Pengundi menggunakan selain daripada pen yang disediakan oleh SPR MPKJ 2012/2013.

PERATURAN MENGUNDI:

1.Peraturan hanya sah dilakukan oleh Ahli MPKJ 2012/2013
2.Pengundi tidak dibenarkan sama sekali mewakilkan pihak lain untuk mengundi bagi pihak pengundi.
3.Pengundi hendaklah membawa bersama pengenalan sama ada Kad Pengenalan Diri Jordan (Iqamah) ATAU Kad Matrik Universiti (Hawiyah) masing-masing semasa melaporkan diri di kaunter SPR MPKJ 2012/2013 untuk mengundi.
4.Pengundi hendaklah memastikan terlebih dahulu nama mereka tercatat pada Borang Senarai Nama Pengundi yang dikeluarkan oleh SPR MPKJ 2012/2013.
5.Pengundi hendaklah memastikan mereka menerima borang pengundian asli (tertera tandatangan AJK SPR MPKJ 2012/2013) sebelum melakukan proses pengundian.
6.Pengundi hendaklah memastikan mereka menepati waktu mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR MPKJ 2012/2013
7.Pengundi dilarang sama sekali melakukan sebarang kekecohan semasa pilihanraya berlangsung sama ada di luar atau di dalam bilik mengundi.
8.Pengundi dikehendaki meggunakan pen yang disediakan oleh SPR MPKJ 2012/2013
9.Undian adalah sulit.
10.Setiap undian mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tertera pada borang pengundian.
11.Keputusan pilihanraya akan diisytiharkan di dalam Mesyuarat Agung MPKJ 2012/2013 oleh pengarah atau mana-mana Ahli Jawatankuasa yang diberi arahan oleh pengarah untuk melakukan tujuan tersebut.
12.Mana-mana pengundi yang melanggar mana-mana salah satu daripada Peraturan dan Tatacara Pengundian yang ditetapkan oleh SPR MPKJ 2012/2013 boleh dihalang daripada melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi atau undian mereka dikira tidak sah.
13.Keputusan pihak SPR MPKJ 2012/2013 adalah MUKTAMAD.

PENGIRAAN UNDI :

1.Pengiraan undi akan dilakukan sebaik sahaja tamat tempoh pengundian dan tertakluk kepada SPR MPKJ 2012/2013
2.Hanya Ahli Jawatankuasa dan pemerhati SPR MPKJ 2012/2013 sahaja yang dibenarkan berada di dalam bilik khas yang ditentukan ketika tempoh pengiraan undi.
3.Keseluruhan jumlah undi melibatkan undian bagi 4 zon.
4.Hanya calon yang mendapat undian tertinggi bagi kerusi YDP dan Timb.YDP layak menduduki kerusi tersebut.
5.3 orang calon bagi siswa dan 2 orang calon bagi siswi yang mendapat undian tertinggi dikira menang bagi kerusi Ahli Majlis Tertinggi MPKJ 2012/2013
6.Sekiranya berlaku seri pada keputusan undian,undian yang seterusnya akan dilakukan oleh pihak SPR MPKJ 2012/2013 (qur’ah).
7.Keputusan pihak SPR MPKJ 2012/2013 adalah MUKTAMAD

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: