Assalamualaikum w.b.t.

Kepada:

Semua ahli,
Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ)

Saudara/saudari,

MAKLUMAN TEMPOH KEBENARAN DAN PERATURAN BERKEMPEN

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya MPKJ sesi 2012/2013 (SPR) mengumumkan kempen hanya boleh dimulakan selepas pengumuman calon diumumkan secara rasmi dan mesti dihentikan setelah selesai hari pengundian dan sama sekali tidak dibenarkan berkempen didalam kawasan mengundi. Tempoh kebenaran berkempen bermula pada 30 APRIL 2012 (ISNIN)  dan akan tamat pada 2 MEI 2012 (RABU) jam 11.59 minit malam.

2. Berikutan itu, pihak SPR memberi peluang kepada calon-calon dan/atau wakilnya yang terdiri daripada ahli MPKJ untuk berkempen mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

3. Petugas rasmi SPR berhak memantau segala bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihanraya dan perhimpunan umum bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihanraya tidak dilanggar. Senarai perkara yang dipatuhi dan dilarang semasa pilihanraya disediakan dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan para petugas.

4. Syarat-syarat berkempen adalah seperti berikut :

Semua ahli MPKJ layak berkempen kecuali SPR.
Dibenarkan dalam bentuk apa sahaja sekalipun cara berkempen dengan pengetahuan SPR MPKJ 2012/2013.
Dibenarkan menggunakan simbol dan mesti disahkan oleh pengarah SPR MPKJ 2012/2013 sebelum menggunakannya.
Tidak menggunakan isu berpuak-puak atau berkumpulan, contohnya : Kemukiman, kumpulan politik ,Alumni Sekolah , Alumni Kolej/Universiti/Pusat-pusat pengajian dan apa yang difikirkan berkaitan.
Menjaga adab-adab dalam berkempen , seperti : Menjaga perlakuan , menjaga perkataan, tidak boleh menyentuh isu-isu sensitiviti calon dan apa yang difikirkan berkaitan.
Sebarang risalah bercetak hendaklah mendapat tandatangan rasmi dari Pengarah / Timbalan SPR MPKJ 2012/2013.
Segala perkara yang berkaitan dengan kempen adalah hak mutlak SPR MPKJ 2012/2013.
Kawasan mengundi adalah larangan kawasan berkempen.
Berkempen mengikut kabinet bayangan adalah dibenarkan secara berkumpulan mahupun individu.
Sekiranya ingin membuat rapat umum / ceramah atau apa sahaja yang melibatkan perjumpaan umum wajib melaporkan kepada pihak SPR terlebih dahulu.
Dilarang berkempen/menampal poster/mengedar risalah di sekitar kawasan yang melibatkan kawasan umum/awam yang melibatkan pengetahuan warga arab (Rujuk pada SPR terlebih dahulu).

AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA

Melanggar peraturan penamaan calon dan mengundi yang ditetapkan oleh pihak SPR.
Menggunakan kata-kata kesat dalam proses pilihanraya.
Berperilakuan dengan tujuan menyakitkan hati pihak lain.
Menghalang petugas SPR melaksanakan tugas.
Lain-lain perkara yang difikirkan munasabah oleh pihak SPR.

TINDAKAN KESALAHAN PILIHANRAYA

Nama dan butir peribadinya akan dihantar ke Jabatan Education Malaysian Jordan (EMJ), Amman dan dimasukkan dalam rekod syakhsiah mahasiswa luar negara.
Ahli MPKJ yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan hak mengundi tanpa notis.
Ahli MPKJ yang melanggar peraturan berkempen akan digugurkan hak mengundi tanpa notis.

5. Untuk mendapat penjelasan lanjut, sila rujuk mana-mana AJK SPR.

6. Segala kerjasama daripada saudara/saudari amatlah diharapkan agar pilihanraya kali ini dapat berjalan lancar dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

Eksekutif Tatacara Dan Disiplin,

SPR MKPJ 2012/2013

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Tag Cloud

%d bloggers like this: